:)

Thursday 3 November 2011

Istilah Cinta Buat sang Pengarang





Cinta perlu kan pengorbanan
cinta buta
cinta monyet
terbaca satu istilah cinta
yg mengukir kesakitan dan kepahitan
pada seorg pengarang barangkali
cinta nya di caci
dan di kutuk..
kerna itulah pengalaman mengajar
erti cinta sebenar
jangan taksub pada cinta
tapi pelajari bagai mana nak ukir cinta

CINTA hanyalah satu dilusi.betul!cinta itu tidak wujud sesama manusia.yang ada hanyalah nafsu untuk memiliki.dan kemudian bila sudah jemu kamu akan rasa seperti hendak mampus!. dan aku tujukan kata-kata ini khas buat kamu yang sedang berada dalam ilusi CINTA samada yang sedang gembira atau yang sedang bengang dan bangang!.
kamu boleh kata pemikiran aku seperti seorang ditaktor yang ego bersama pedang samurainya. tapi bagi aku [aku punya sukalah kan] CINTA itu hanya satu perkara yang membebankan kepala otak kamu bila sahaja kamu berada di dalamnya.
mana ada perkara yang bagus?kalau setakat dapat buat perkara bersama, contohnya makan, nonton wayang dan pegang-pegang..aku rasa tidak bagus mana pun. sebaliknya rasa sedih, pedih, sebal, bengan g dan bangang kerana CINTA itu lebih teruk dan buruk. dan muka pun macam beruk bila dilusi CINTA kamu sudah pecah!.hahaha!
dan CINTA juga adalah satu langkah kepada dosa kerana kamu MENIPU!sebab tidak ada cinta sejati sesama manusia. walaupun kamu sanggup berenang dilautan api kerana cinta. itu semua dilusi cinta bertemakan janji palsu. aku beri contoh, diri aku yang sedang menipu.seperti berpura-pura menjadikan dilusi cinta orang yang mencitai aku seperti benar. manada!
tapi…aku TIDAK cakap kasih sayang itu dilusi.kasih sayang itu wujud dan lebih benar dari CINTA palsu kamu dan juga bagus untuk kesihatan!
(Anga dalam Cinta Itu Pergi Mampus di blognya)

Wednesday 2 November 2011





jalan ini berliku
haruskah aku harungi
atau aku harus mengalah
membiarkan yang ku ingini 
terbiar begitu sahaja
tanpa berusaha

jalan itu lurus
tapi di hadapan hanya lukisan sandiwara
perjalanan yg akan sentiasa meberi peluang yang mudah
tapi jalannya hanya sementara
tiada pengalaman yang dapat ku pelajari
tiada pelajaran yg akan aku perolehi
haruskah jalan ini yg aku lalui

oh tuhan
hanya pada mu aku memohon
hanya padamu yang bisa memberikan 
diri ini jalan yg tepat 
jalan yg akan aku
jalani sepanjang hidup ini


Hujan Air Mata




hujan yg turun tidak diminta
mengalirkan setiap titisannya
begitu juga air mata kadang mengalir tanpa di pinta
mengenang kisah duka bersama

setiap malam dia hadir
mengisi ruang mimpi yg x di jangka
apakah dia bahagia disana
ataukah dia hanya menderita
air mata terus mengalir
tatkala muncul dirinya
walau jasad nya hanya bayangan
namun sukar untuk menyekat air mata
rindu yang mendalam
terus dan terus 
tiada hentinya

wahai air mata
teruskan titisan mu
andai itu cara mu
agar tidak sakit seterusnya

Tuesday 1 November 2011

Biar Kaki mencari arah



biarkan ia mencari arah
mencari arah yang x pasti
biar ia berlalu pergi
pergi mengisi ruang masanya

sukar untuknya mencari arah
utara, timur barat atau selatan
entah kemana perlu di tuju
mencari pengertian hidup yg x pasti
kadang sedih 
kadang sunyi
bila bersendiri rasa kegelapan
bila berkawan kadang kosong
apakah sebenarnya hidup
apa yg harus ku tempuh
adakah perlu ku jalani
hidup yg aku sendiri x pasti

biar ia terus melangkah
melangkah ke mana jua yg ingin dituju
biarkan ia terus melangkah
mencari arah
mencari kebenaran
agar suatu hari ada yg akan mengapai









Sunday 10 July 2011

SaRaWak 10 JuLaI 2011

salam arini hari ke 3 kat saraak x tau la .....arini rasa x seronok sgt....unhappy :(.......pagi td bgn lewat then x breakfast kt hotel kena makan kat luar.....pas tu balik hotel still sad :( then lepas tu ingat nk ilangkan perasaan tension keluar la pegi jejalan cr barang2 kraf untuk di bawa balik ke semenanjung.....alhamdulillah ada la saya beli t-shirt 2pcs rm 10......then ada key chain yg ima nak sangat2 da beli da untuk ima......pastu ada beli kain pua untuk my mum dan rantai sarawak juga :)......

then masa jejalan td ada org jual terubok masin 3 ekor rm 10 tp x beli sbb x yakin la takut x fresh.....then try nk g seberang sungai nk tgk apa ada kat sana...arini cuba la naik sampan dia hrg 50 sen je....mula2 naik tu rasa seram juga tp tgk yg lain2 tenang hati pun tenang juga :).......sampai kat sebarang sungai je ada org jual terobok masin betul2 tepi sungai tp x pe la saya jalan terus lg nk tgk apa ada lg sbb mcm ramai org ke arah hujung sana.....

sampai je kat area kedai2 tu ada org jual kek lapis sarawak.....ermmmm memandang kan duit yg di bawa x cukup saya fikir dulu then saya nampak ikan terubok masin 2 ekor rm10...then saya terus beli nk tau mcm mn rasa x pe la tgu balik kl........da sedia untuk kakak saya dan emak saya :)..

sampai je hotel hati da tenang tp tiba2 ada kejadian mengejutkan jadi x tenang........biarla apa yg berlaku tu saya yg tahu i'm sad :(........

Monday 4 July 2011

errmmm sedey

sesiapa yg ternampak atau terjumpa kenderaan Honda 

CRV (WUP 4759) warna Gray sila buat laporan polis 

kenderaan baru di laporkan hilang



mudah-mudahan kenderaan tu akan di temui semula 

sedeynya dapat tau keta tu hilang 

Sunday 3 July 2011

interview

lama x buat post kat sini rasa sibuk sangat jumaat lepas try 
g interview kat menara kl untuk jawatan artis budaya dapat tau jawatan tu
dari kawan then dia call suruh dtg interview....saya pun g la mencuba nasib mn tau ada rezeki..

masa interview ada 3 org lg dtg utk temuduga mula2 dia buat sesi dengan penemu duga
then kitaorg kena menari mengikut lagu yg dia bg step masing2 tp yg kelakar tu masa lagu zapin semua 
step hampir sama je coz semua budak2 citrawarna apa lg step citrawarna la masuk....
pastu dia buat lagu joget pulak pas lagu joget canggung pastu lagu moden n k pop.....
skrg ni tgh tgu jawapan la antara dapat atau tidak
semua rezeki di tgn tuhan..... :)

Thursday 26 May 2011

ReHeAsAl di Stadium PuTrA

semalam kitaorg ada wat reheasal kat STADIUM PUTRA BUKIT JALIL....ingat kan show2 biasa je...rupa2 nya kena buat persembahan di depan 80 000 pelancong dr 35 buah negara ya allah....seram sejuk di buatnya...da la belajar step 2 hari jer alhamdulillah semuanya okay.........ada video tp kena tgk kat fb saya la hehehe video reheasal tekan je tepi tgk la reheasal kitaorg tp masa ni guna satu kipas jer hehehehe :).......pentas dia sgt besar da macam konsert anugerah juara lagu.....


malam ni adalah malam kemuncaknya hope akan berjalan lancar semoga apa yg telah di rancangkan akan berjalan lancar........amin.....


k la semua nk sambung tidur ni hehehehe ngantuk yg amat bgn awal pg.....:P

Wednesday 25 May 2011

citrawarna

ya allah penatnya training citrawarna...tp walau apa pun semuanya berjalan lancar...
rindu semua kawan2 tapi ada kawan2 tu semua rindu dengan masakan saya sebab diorg kata da x de siapa nk bawa makanan untuk diorg hehehehe ada2 je la diorg ni......

masa show berlangsung 21 mei 2011 di dataran merdeka....kami kumpulan utama memulakan aturcara dgn persembahan pembukaa kelakar la kena pakai baju sarawak nk tgk x jap ya saya post kan...

saya daus dan zaff

pic ni diambil semasa full dress reheasal muka buruk sgt x make up lg heheh

nanti saya upload lg video n pic2 masa kitaorg menari hehehe kelakar kn gambar ni...masa ni main2 jer malas nk buang misai.....tp masa show ok la...heheheheh :).......

selepas buat opening dgn pakaian seksi ni kitaorg kuar n belari utk tukar baju persembahan samrah......tp pic  x de lagi nanti rul masukkan dalam ni hehehehehe......masa start persembahan tu kelakar ramai yg jatuh tergolek dek kerana lantai yg licin....selamat saya x jatuh :)............lepas hbs citrawarna skrg training untuk hari belia.....nnt saya sambung pasal hari belia pulak ya :)

Wednesday 4 May 2011

Permulaan blog

ASSALAMUALAIKUM


Hari ini 05 may 2011 jam 11.54.....aku mula menulis blog..tq for my sister kerana memberi ilham untuk aku menulis blog...mungkin byk pengalaman dan pelajaran yg akan aku kongsi kan dengan followers semua...tp utk permulaan aku menulis dalam ni bukan semua yg akan boleh melihat hanya beberapa orang sahaja....

skrg ni aku sedang sibuk dengan latihan tarian untuk citrawarna yg akan diadakan pada 21 mei 2011 bertempat di dataran merdeka...nanti bole la korang tengok aku kat tv tau.....sebab kalau korang pegi dataran yg kat padang mesti penuh korang kena tengok kat DBKL tp aku x buat persembahan kat DBKL... group aku adalah teraju utama kitaorg hanya buat persembahan depan agung je better korg tgk kat tv hehehehe...... kitaorg buat 4 lagu untuk pembukaan 2 lagu....pastu persembahan selingan lagu samrah dan penutup lagu zapin... penat sgt tarian tp x pe arini kitaorg budak lelaki pukul 9.30 br pegi latihan heheh... dak2 perempuan kena datang awal.....

nanti kita sambung lagi k............