:)

Thursday 3 November 2011

Istilah Cinta Buat sang Pengarang





Cinta perlu kan pengorbanan
cinta buta
cinta monyet
terbaca satu istilah cinta
yg mengukir kesakitan dan kepahitan
pada seorg pengarang barangkali
cinta nya di caci
dan di kutuk..
kerna itulah pengalaman mengajar
erti cinta sebenar
jangan taksub pada cinta
tapi pelajari bagai mana nak ukir cinta

CINTA hanyalah satu dilusi.betul!cinta itu tidak wujud sesama manusia.yang ada hanyalah nafsu untuk memiliki.dan kemudian bila sudah jemu kamu akan rasa seperti hendak mampus!. dan aku tujukan kata-kata ini khas buat kamu yang sedang berada dalam ilusi CINTA samada yang sedang gembira atau yang sedang bengang dan bangang!.
kamu boleh kata pemikiran aku seperti seorang ditaktor yang ego bersama pedang samurainya. tapi bagi aku [aku punya sukalah kan] CINTA itu hanya satu perkara yang membebankan kepala otak kamu bila sahaja kamu berada di dalamnya.
mana ada perkara yang bagus?kalau setakat dapat buat perkara bersama, contohnya makan, nonton wayang dan pegang-pegang..aku rasa tidak bagus mana pun. sebaliknya rasa sedih, pedih, sebal, bengan g dan bangang kerana CINTA itu lebih teruk dan buruk. dan muka pun macam beruk bila dilusi CINTA kamu sudah pecah!.hahaha!
dan CINTA juga adalah satu langkah kepada dosa kerana kamu MENIPU!sebab tidak ada cinta sejati sesama manusia. walaupun kamu sanggup berenang dilautan api kerana cinta. itu semua dilusi cinta bertemakan janji palsu. aku beri contoh, diri aku yang sedang menipu.seperti berpura-pura menjadikan dilusi cinta orang yang mencitai aku seperti benar. manada!
tapi…aku TIDAK cakap kasih sayang itu dilusi.kasih sayang itu wujud dan lebih benar dari CINTA palsu kamu dan juga bagus untuk kesihatan!
(Anga dalam Cinta Itu Pergi Mampus di blognya)

Wednesday 2 November 2011





jalan ini berliku
haruskah aku harungi
atau aku harus mengalah
membiarkan yang ku ingini 
terbiar begitu sahaja
tanpa berusaha

jalan itu lurus
tapi di hadapan hanya lukisan sandiwara
perjalanan yg akan sentiasa meberi peluang yang mudah
tapi jalannya hanya sementara
tiada pengalaman yang dapat ku pelajari
tiada pelajaran yg akan aku perolehi
haruskah jalan ini yg aku lalui

oh tuhan
hanya pada mu aku memohon
hanya padamu yang bisa memberikan 
diri ini jalan yg tepat 
jalan yg akan aku
jalani sepanjang hidup ini


Hujan Air Mata




hujan yg turun tidak diminta
mengalirkan setiap titisannya
begitu juga air mata kadang mengalir tanpa di pinta
mengenang kisah duka bersama

setiap malam dia hadir
mengisi ruang mimpi yg x di jangka
apakah dia bahagia disana
ataukah dia hanya menderita
air mata terus mengalir
tatkala muncul dirinya
walau jasad nya hanya bayangan
namun sukar untuk menyekat air mata
rindu yang mendalam
terus dan terus 
tiada hentinya

wahai air mata
teruskan titisan mu
andai itu cara mu
agar tidak sakit seterusnya

Tuesday 1 November 2011

Biar Kaki mencari arah



biarkan ia mencari arah
mencari arah yang x pasti
biar ia berlalu pergi
pergi mengisi ruang masanya

sukar untuknya mencari arah
utara, timur barat atau selatan
entah kemana perlu di tuju
mencari pengertian hidup yg x pasti
kadang sedih 
kadang sunyi
bila bersendiri rasa kegelapan
bila berkawan kadang kosong
apakah sebenarnya hidup
apa yg harus ku tempuh
adakah perlu ku jalani
hidup yg aku sendiri x pasti

biar ia terus melangkah
melangkah ke mana jua yg ingin dituju
biarkan ia terus melangkah
mencari arah
mencari kebenaran
agar suatu hari ada yg akan mengapai